Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

78) PENGLIBATAN RAKYAT DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BAGI MEMBANTERAS RASUAH DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi program ini bagi sesi 2008-2013?

    Perundangan berkaitan salahlaku rasuah tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan dikuatkuasakan oleh SPRM. Sehubungan itu, penyampaian maklumat berkaitan rasuah oleh rakyat disalurkan terus kepada pihak SPRM. Berikut adalah statistik aduan kepada SPRM Selangor mengenai rasuah dari tahun 2008 hingga 2013:

     

    TAHUN

    KERTAS SIASATAN KERTAS RISIKAN KERTAS PENYIASATAN

    AWAL

    2008 109
    2009 73 100 96
    2010 96 102 39
    2011 132 146 76
    2012 104 125 85
    2013 91 58 84

    Berdasarkan kepada fakta di atas, SPRM Selangor berpendapat bahawa sekiranya aduan atau kes-kes berkaitan rasuah ke atas jabatan dan agensi serta individu-individu tertentu (yang berkuasa) meningkat, bermakna program-program membanteras rasuah masih belum berkesan dan begitu juga sebaliknya. Dalam erti kata lain semakin banyak aduan mengenai rasuah menunjukkan program- program membanteras amalan rasuah adalah kurang berkesan.

Lampiran

Tiada Lampiran.