Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

6) PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA DALAM PENAIKTARAFAN PADANG AWAM MILIK KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan atau undang-undang sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) ingin melaksanakan usahasama ("Joint Venture") dengan pihak swasta untuk menaiktaraf infrastruktur padang-padang awam yang diselenggara oleh PBT?

    Setakat ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tiada garis panduan atau undang-undang yang khusus bagi melaksanakan usahasama dengan pihak swasta untuk menaiktaraf infrastuktur padang-padang awam yang diselenggara oleh PBT. Walaubagaimanapun, pihak PBT mengalu-alukan dan menyambut baik cadangan daripada pihak swasta melalui pendekatan Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR). Justeru itu, pihak swasta yang hendak mengadakan usahasama bagi menaiktaraf infrastruktur padang-padang awam yang diselenggara oleh pihak PBT perlu mengemukakan cadangan kepada PBT untuk penelitian yang lebih mendalam. (berdasarkan faktor terma dan kondisi)

Lampiran

Tiada Lampiran.