Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

78) PENGOPERASIAN KUARI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat serta garis panduan daripada Kerajaan Negeri yang dikenakan terhadap operasi-operasi kuari di Selangor?

    Syarat-syarat serta garis panduan daripada Kerajaan Negeri yang dikenakan terhadap operasi-operasi kuari di Selangor antaranya adalah:

    • Penetapan syarat-syarat Permit 4C (Seksyen 74 (a) KTN) yang ditetapkan melalui Pentadbir Tanah berkaitan;
    • Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) adalah agensi mengawal segala aktiviti-aktiviti pengkuarian berdasarkan Skim Melombong yang telah diluluskan;
    • Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah agensi mengawal kesan alam sekeliling yang melibatkan aktiviti-aktiviti pengkuarian dengan syarat-syarat yang telah diluluskan melalui Laporan Kesan Alam Sekeliling (EIA); dan
    • Selangor Quarry Rules, 2003 adalah salah satu rujukan yang digunakan bagi mengawal tatacara operasi penguakuarian.

Lampiran

Tiada Lampiran.