Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

288) PENGOREKAN PASIR LAUT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kegiatan mengorek pasir laut yang tidak pernah dilesenkan di muara Sungai Langat dilaporkan telah menjejaskan pendapatan para nelayan di Kuala Langat. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengawal kegiatan ini?

    Pemantauan bersama pihak Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dijalankan bagi aduan yang diterima. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, masih belum ada tangkapan yang dibuat. Pemantauan dan siasatan akan diteruskan untuk membendung aktiviti pengorekan pasir tanpa kebenaran ini.

    Mesyuarat Penyelarasan Bagi Membincangkan Isu Aktiviti Perlombongan Pasir Yang Menjejaskan Ekosistem dan Ekonomi Nelayan di Daerah Kuala Langat telah diadakan pada 19 September 2019 di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor. Mesyuarat memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

    • Pampasan kepada nelayan terjejas disegerakan;
    • Semak semula kewajaran kelulusan Lesen Pengorekan Pasir Dasar Laut dan semak semula lokasi stockpile yang dibenarkan;
    • Penyaluran peruntukan bagi aktiviti penguatkuasaan oleh pihak kementerian yang berkaitan; dan
    • Kementerian/Jabatan/Agensi dipohon untuk lebih proaktif dalam menangangi isu dan aduan ini.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.