Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

197) PENGOREKAN TANAH MERAH DAN PENJUALAN SECARA HARAM DIBUKIT KAPAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak aduan yang dilaporkan kepada Pejabat Tanah Daerah Klang mengenai pengorekan tanah merah secara haram di Kg Bukit Kapar dan Kg Bkt Kerayong tetapi setakat ini belum ada langkah yang berkesan diambil, bagaimanakah cara pihak PTD Klang mengatasi aduan ini dan apakah cara dan langkah terbaik yang akan dilaksanakan

    terdapat aduan mengenai pengorekan tanah merah secara haram di Kg. Bukit Kapar
    dan Kg. Bukit Kerayong yang dilakukan oleh pemilik tanah sendiri dan secara kecilkecilan untuk pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, semasa siasatan dibuat,
    kerja pengorekan dan pengalihan tanah secara haram tidak berlaku.
    PTD Klang berpandangan bahawa cara dan langkah terbaik yang boleh
    dilaksanakan di dalam menangani masalah ini adalah dengan :
    i. Mendidik / memaklumkan pemilik-pemilik tanah mengenai keperluan
    mendapatkan permit mengambil bahan batuan sebelum pengeluaran /
    penjualan tanah merah dengan menggunakan kaedah kain rentang yang
    dipamerkan di beberapa kawasan strategik di sekitar 2 buah kampung yang
    dimaksudkan; dan
    ii. meningkatkan lagi pemantauan di 2 buah kampung terbabit kepada 2 kali
    seminggu dengan bantuan Unit Khidmat Pengurusan untuk membekalkan
    kenderaan bagi tujuan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.