Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

84) PENGSTRUKTURAN AIR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lama lagikah jangkamasa kerajaan negeri akan ambil bagi menamatkan isu pengstrukturan air?

     

    Melalui penelitian saya, terdapat beberapa soalan yang telah ditanyakan tentang perkara berkaitan dengan pasca penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Negeri Selangor seperti tempoh masa untuk menyelesaikan penstrukturan, faedah dari penstrukturan, kesannya ke atas tarif, air percuma dan juga pekerja-pekerja syarikat konsesi sedia ada. Soalan-soalan tersebut datangnya dari :

     

    No Soalan Nama Adun Tajuk Soalan
    48 Batang Kali Pengurusan Air Selangor

     

    a)     Apakah perancangan PASSB untuk memastikan bekalan air mencukupi?

     

    b)     Apakah faedah yang diperolehi oleh rakyat Selangor di bawah pengurusan PASSB?

    84 Kuang Penstrukturan Air

     

    a)        Berapa lama lagikah jangkamasa Kerajaan Negeri akan ambil bagi menamatkan isu penstrukturan air?

     

    b)        Bagaimana pendekatan Kerajaan Negeri Selangor menyampaikan maklumat atau notis masalah gangguan air di sesuatu tempat?

     

    c)         Adakah ianya berjaya kerana banyak suara-suara rakyat yang merintih angkara tiada notis?

     

    No Soalan Nama Adun Tajuk Soalan
    100 Sungai Burong Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (PASSB)

     

    a)        Apakah    perbezaan    pengurusan    PASSB                  berbanding syarikat konsesi sedia ada?

     

    b)        Nyatakan jumlah aset yang dimiliki oleh PASSB?

     

    c)         Sejauhmanakah   keupayaan   PASSB   dalam                                 membantu pengurusan air di Selangor?

    213 Sekinchan a)        Sila nyatakan secara terperinci apakah status terkini penstrukturan industi tersebut?

     

    b)        Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga tarikh memuktamadkan Perjanjian tersebut masih tertangguh?

     

    c)         Sila nyatakan apakah implikasi penstrukturan tersebut terhadap Skim Pemberian Air Percuma dan kenaikan tarif air?

    223 Bukit Gasing Air Selangor Sdn Bhd

     

    a)        Bilakah   Air    Selangor    akan    mengambil    alih    operasi SYABAS?

     

    b)        Adakah tarif air akan dinaikkan, dan jika ia, bila?

     

    c)         Dalam tahun pertama, berapa KM paip yang disasarkan akan ditukar di kawasan Petaling Jaya?

     

    Saya yakin dan percaya semua Ahli Yang Berhormat sangat berminat berkaitan dengan apa akan terjadi selepeas penstrukturan dimuktamadkan dan sejauh mana kemampuan Pengurusan Air Selangir Sdn Bhd (Air Selangor) dalam memainkan peranan dalam usaha mencapai perkhidmatan yang efisien, berdaya maju dan implikasi terhadap pemberian air percuma dan kadar tarif.

     

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali semua soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang saya nyatakan tadi memandangkan semua soalan tersebut merujuk kepada perkara yang sama. Saya akan menjawab dan menerangkan perkara-perkara berikut:

     

    • Tarikh pengambilalihan operasi Syarikat Konsesi Puncak Niaga, SYABAS dan ABASS oleh Air Selangor;
    • Faedah yang akan diperolehi oleh rakyat Negeri Selangor di bawah pengurusan air yang baru;
    • Implikasi penstrukturan terhadap Skim Pemberian Air Percuma ;

     

    • Implikasi penstrukturan terhadap kenaikan tarif air;
    • Kedudukan pekerja      Syarikat      Konsesi     Air      selepas      penstrukturan dimuktamadkan; dan
    • Perancangan Air Selangor dalam membuat penggantian paip dan langkah untuk memastikan bekalan air

     

     

    • Tarikh pengambilalihan operasi Syarikat Konsesi Puncak Niaga, SYABAS dan ABASS oleh Air Selangor

     

    Pengambilalihan operasi Syarikat Pemegang Konsesi oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hanya boleh dimuktamadkan selepas bayaran pengambilalihan diselesaikan antara Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Untuk membolehkan pembayaran dibuat, Perjanjian Kemudahan (Facility Agreement) di antara Air Selangor dan PAAB dimuktamadkan di mana di bawah Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor yang ditandatangani pada 10 Julai 2015, tempoh untuk memuktamadkan Perjanjian Kemudahan adalah 60 hari dari tarikh 10 Julai 2015.

     

    • Faedah yang     diperolehi     oleh     rakyat     Selangor     selepas penstrukturan semula dimuktamadkan

     

    1. Untuk melihat faedah yang akan diperolehi oleh rakyat dari pengurusan baru Air Selangor, adah wajar untuk memahami kronologi penswastaan air di Negeri

     

    1. Penswastaan perkhidmatan air di negeri ini telah bermula semenjak 1994 dan selesai secara sepenuhnya pada tahun 2004. Ia melibatkan empat (4) buah syarikat pemegang konsesi air utama seperti berikut:-

     

    Rawatan Agihan
    Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB)  

    Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)

    Syarikat      Pengeluar      Air                     Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH)
    Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS)

     

    1. Susulan daripada penswastaan ini, industri perkhidmatan air di Negeri Selangor tidak beroperasi secara holistik di mana aktiviti rawatan dan pengagihan bekalan air dikendalikan oleh syarikat pemegang konsesi air yang berasingan. Keadaan yang tidak holistik ini telah menyumbang kepada pengurusan perkhidmatan air yang tidak efisien dan kos operasi tinggi yang membebankan pengguna melalui kenaikan

     

    1. Melalui penstrukturan semula ini, kesemua Perjanjian Konsesi air yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Syarikt pemegng Konsesi Air akan ditamatkan. Penamatan perjanjian konsesi air ini juga bermakna

     

    Kerajaan Negeri akan dapat menamatkan terma-terma di bawah perjanjian konsesi air yang berat sebelah dan memudaratkan  pengguna air termasuk kadar keuntungan yang berlebihan.

     

    Air Selangor akan mengambil alih operasi rawatan dan pengagihan bekalan air daripada syarikat-syarikat pemegang konsesi air sedia ada dan menguruskan secara holistik. Air Selangor merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, akan dikawal dan diawasi oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan penyediaan perkhidmatan air yang lebih efisien dan efektif kepada pengguna di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan

     

    Tambahan pula, dengan adanya pengawal selia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), prestasi Air Selangor akan sentiasa dipantau dengan lebih sistematik dan berkesan, terutamanya daripada aspek kualiti perkhidmatan, ekonomi, teknikal, sosial dan perlindungan hak pengguna. Sistem komprehensif ini akan mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih cekap dan telus di mana faedahnya akan dapat di rasai oleh semua rakyat Selangor dan

     

    Kewujudan Air Selangor melalui penstrukturan semula perkhidmatan industri air akan menjurus kepada penamatan perjanjian dengan semua syarikat pemegang konsesi air sedia ada. Dengan penamatan perjanjian konsesi air sedia ada, pengguna tidak lagi dibebankan dengan peningkatan tarif yang terlampau tinggi, sebaliknya mekanisme penetapan tarif air akan tertakluk kepada kelulusan SPAN. Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan kenaikan kadar tarif yang munasabah yang tidak membebankan pengguna di samping tidak merugikan operator air dengan kadar yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Konsesi Air dengan SYABAS, iaitu peningkatan sebanyak kira-kira 105% dari tahun 2008 sehingga

     

    Di bawah struktur baharu ini juga, perbelanjaan modal (CAPEX) akan dibiayai oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”). Ini berbeza dengan sistem yang terdahulu di mana CAPEX adalah ditanggung oleh syarikat pemegang konsesi air. Selain daripada mendapat penjimatan kos operasi, Air Selangor akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan, kecekapan dan mutu perkhidmatan. Ini akan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam operasi perkhidmatan air

     

    • Implikasi penstrukturan terhadap Skim Pemberian Air Percuma dan kenaikan tarif air

     

    Pemberian air percuma ini telah dilaksanakan di Selangor bermula 1 Jun 2008. Matlamat asal pemberian 20 meter padu air percuma ini adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan rendah, namun Kerajaan Negeri telah meluaskan kemudahan ini semua penduduk Negeri Selangor

     

    tanpa mengira lapisan masyarakat dan pendapatan selagi mereka merupakan pengguna domestik yang menggunakan meter individu.

     

    Dalam pemberian air percuma ini, potongan sebanyak RM11.40 akan dimasukkan ke dalam bil air yang dikeluarkan oleh SYABAS ke atas pengguna domestik yang bermeter individu setiap

     

    Setiap tahun, Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM160.0 juta bagi membiayai pemberian air percuma ini. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor memberi komitmen untuk meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu untuk satu tahun lagi yang mana jumlah pembiayaan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akan mencapai sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua Puluh Enam Juta (RM1,026,000,000.00).

     

    Pemberian air percuma yang dilaksanakan sekarang diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Ini menunjukkan semua pihak menerima faedah hasil pemberian air percuma ini sedangkan matlamat asal adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan

     

    Sebab itulah, maka setelah penstrukturan semula dimuktamadkan, Kerajaan Negeri Selangor akan membuat kajian yang terperinci atas keberkesanan pemberian air percuma ini. Walaupun pemberian air percuma ini akan disemak semula, sebagai Kerajaan yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri akan terus menjamin kepentingan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah akan terus menikmati pemberian air percuma ini.

     

    • Implikasi penstrukturan terhadap Skim Pemberian Air Percuma dan kenaikan tarif air

     

    Tarif air kali terakhir dikaji dan dinaikkan adalah pada tahun 2006. Sejak itu, tidak ada kenaikan tarif selama 9 tahun. Jika merujuk kepada Perjanjian Konsesi Air, SYABAS telah memohon sebanyak dua kali kenaikan tarif dan telah disusuli dengan satu lagi permohonan kenaikan untuk tahun 2015. Dengan mengambil kira tiga kali kenaikan tarif seperti di dalam Perjanjian Konsesi Air SYABAS, rakyat akan dibebani dengan kenaikan yang dianggarkan berjumlah 105% berbanding dengan tarif air yang sedang dinikmati

     

    Namun demikian, semenjak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk tidak mempertimbangkan permohonan pelarasan tarif yang dikemukakan oleh

     

    Ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti implikasi ke atas rakyat sekiranya tarif air dinaikkan dalam tempoh terdekat ini. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri akan memastikan bahawa Air Selangor dapat memberikan perkhidmatan bekalan air yang cekap dan

     

    efisien. Namun sebarang langkah untuk menetapkan kadar tarif air akan mengambil kira bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan masa yang sesuai untuk kenaikan tersebut.

     

    • Kedudukan pekerja Syarikat Konsesi Air selepas penstrukturan dimuktamadkan

     

    Air Selangor telah bersetuju untuk mengambil alih kesemua ekuiti syarikat-syarikat pemegang konsesi air sedia ada. Oleh sebab pengambilalihan ini adalah melibatkan pembelian ekuiti syarikat, maka semua warga kakitangan di peringkat pengurusan, operasi atau kakitangan bantuan akan dikekalkan mengikut terma dan syarat pekerjaan di antara syarikat pemegang konsesi air sedia ada.

     

    • Perancangan Air Selangor dalam membuat penggantian paip dan langkah untuk memastikan bekalan air mencukupi.

     

    Perancangan untuk menukar paip di mana-mana kawasan di Negeri Selangor hanya boleh ditentukan setelah Air Selangor mengambil alih operasi SYABAS sepenuhnya. Untuk menentukan berapa panjang paip yang perlu diganti, Air Selangor perlu melaksanakan  due  diligence ke atas semua aset-aset air yang berkenaan. Selepas mendapat hasil due diligence tersebut, barulah Air Selangor boleh merancang dan mensasarkan berapa banyak paip yang perlu ditukar. Dalam melaksanakan sebarang tindakan yang melibatkan pembiayaan kewangan, Air Selangor amatlah menitik beratkan prinsip berasaskan value for money di samping mengutamakan dasar Kerajaan Negeri  iaitu “Pembangunan Berkualiti, Rakyat di utamakan” kerana setiap kos yang terlibat itu akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk tarif air yang akan ditanggung oleh rakyat

     

    Begitu juga halnya di dalam membuat perancangan untuk meningkatkan kapasiti bekalan air. Air Selangor perlu melakukan penilaian dan analisis ke atas operasi sistem bekalan air sedia ada. Ini hanya boleh dilakukan setelah Air Selangor mengambil alih operasi dan pengurusan bekalan air sepenuhnya dari syarikat-syarikat pemegang konsesi air sedia

     

    Namun demikian, sebagai sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri yang tidak bermatlamat untuk mengaut keuntungan semata-mata, Air Selangor akan sentiasa merujuk dan berunding dahulu dengan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi

     

Lampiran

Tiada Lampiran.