Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

153) PENGUATKUASA DI PBT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri mengenai pelaksanaan cadangan penambahan jumlah pegawai penguatkuasa di PBT bagi melakukan rondaan di kawasan kediaman berikutan kegagalan PDRM dalam tugasnya untuk membanteras jenayah.

    Kerajaan Negeri sedang melihat semula keperluan penambahan jumlah pegawai penguatkuasa bagi melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan terutama bagi PBT bertaraf bandaraya dan perbandaran. Walaubagaimanapun pertambahan pegawai penguatkuasa tersebut adalah tertakluk di atas kemampuan PBT itu sendiri.  Tugas untuk membanteras jenayah adalah di bawah bidang kuasa PDRM, namun pihak PBT sentiasa memberi kerjasama dengan pihak PDRM dalam melakukan rondaan bersama di kawasan-kawasan kediaman tertentu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.