Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

85) PENGUATKUASA PENCEGAH MAKSIAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Ð langkah yang diambil oleh pihak penguatkuasaan / Kerajaan Negeri untuk menangani isu moral dan maksiat ini?

    Di antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak penguatkuasa agama Islam/
    Kerajaan Negeri untuk menangani isu moral dan maksiat ini ialah :
    1) Mengadakan operasi khas pada setiap bulan berdasarkan peruntukanperuntukan enakmen Jenayah Syariah 9/95.
    2) Melaksanakan program penerangan berkenaan Enakmen Jenayah Syariah
    Selangor 9/95 kepada AJK-AJK masjid, ahli-ahli kariah, biro-biro keselamatan
    kampung, RELA, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar-pelajar
    IPTA dan IPTS.
    3) Melaksanakan Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) bagi mereka-mereka yang
    ditahan di bawah kesalahan tidak lazim tangkap, kes-kes tangkapan awam, kes
    yang tiada saksi dan sebagainya.
    4) Melaksanakan Seminar Masih Ada Yang Sayang bagi mereka yang ditahan
    kerana bekerja sebagai juru urut, bar tender, pondan dan sebagainya.
    5) Melaksanakan rondaan berkala bagi lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan
    berlakunya kes berkelakuan kurang sopan di tempat awam 3 kali seminggu.
    6) Menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Menangani Gejala Sosial yang dianggotai
    oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, polis, Penasihat Undang-undang
    Negeri Selangor, PBT, dan Pejabat Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.