Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

163) INSENTIF KURSUS PERKAHWINAN BELIA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Carta aliran permohonan untuk insentif kursus perkahwinan dan kekeluargaan telah di rangka dan syarat-syarat permohonan telah di buat, soalan saya bilakah insentif kursus perkahwinan dan kekeluargaan akan di buka?

    Program yang berkonsepkan kombinasi 2 elemen iaitu kursus kekeluargaan dan pemberian insentif kepada golongan belia di Negeri Selangor telah dinamakan sebagai Program Insentif Generasi Muda Selangor dengan singkatannya Program iGems.

     

    Program ini akan mula aktiviti promosi, hebahan kepada warga Selangor, taklimat kepada Pusat Khidmat DUN dan pengumpulan data pemohon pada pertengahan November 2019. Manakala pelaksanaan kursus akan dilaksanakan bermula Januari 2020.

     

    Program ini akan dilaksanakan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sepenuhnya daripada awal aktiviti promosi, proses pendaftaran pemohon, proses kehadiran kursus sehingga ke proses penyerahan insentif kepada penerima. YAWAS akan bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam mengendalikan kursus. LPPKN telah diberi mandat sebagai pengendali kursus sepanjang program iGems berlangsung. LPPKN yang juga merupakan agensi kerajaan telah dipilih di atas faktor mempunyai panel yang terlatih dan pakar serta kos yang tidak membebankan Kerajaan Negeri bagi membiayai kos peserta hadir kursus. Disamping itu ianya dijadikan platform untuk semua bangsa.

     

    Program ini berbeza daripada Insentif Perkahwinan Belia kerana ianya lebih bersifat insentif kewangan semata-mata manakala program iGems mempunyai pengisian dan sesuai untuk semua bangsa serta mempunyai nilai ilmu yang akan ditekankan iaitu dari aspek kewangan, emosi dan keibuan dan kebapaan. Aspek tersebut sesuai diterapkan dalam setiap pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan khususnya golongan belia di Negeri Selangor.

     

    Konsep program ini adalah dengan mengadakan kursus kekeluargaan selama setengah hari dan kos kursus dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor serta pemberian insentif sebanyak RM300 seorang bagi belia yang menepati syarat pendaftaran. Insentif ini akan diberikan dalam bentuk simpanan dengan menggunakan Baucer Cenderahati Premium BSN yang perlu ditukarkan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium. Banyak faedah yang akan diperoleh daripada penerima kerana BSN turut menawarkan pelbagai ganjaran bagi penerima SSP bagi tempoh simpanan jangka panjang. Pelaksanaan tempat kursus akan dijalankan mengikut 9 daerah di Negeri Selangor. Anggaran peserta bagi projek perintis ini akan dimulakan dengan 1,200 peserta bagi tahun 2020 dan akan bertambah mengikut permintaan dan minat belia menghadiri program ini.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.