PENGUATKUASAAN KERJA JALAN

73) PENGUATKUASAAN KERJA JALAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan penguatkuasaan terdapat pihak-pihak yang memotong dan membuat kerja jalan tanpa kelulusan atau dengan kelulusan tetapi kerja pembaikan jalan tidak sempurna?

    Pihak-pihak yang memotong dan membuat kerja-kerja di jalan JKR tanpa kelulusan, JKR akan mengeluarkan arahan berhenti kerja dan laporan polis akan dibuat untuk tindakan penguatkuasaan. Bagi yang mempunyai kelulusan tetapi kerja pembaikan tidak sempurna, JKR akan menggunapakai wang cagaran pihak tersebut untuk membaiki kerja-kerja pembaikan yang tidak sempurna itu. Manakala pihak Majlis akan menjalankan pemantauan di tapak dari masa ke semasa bagi mengenal pasti pihak yang menjalankan kerja pemotongan jalan mempunyai permit kelulusan. Saman akan dikenakan bagi pihak yang tidak mempunyai permit kelulusan. Bagi pihak yang mempunyai kelulusan, pihak yang berkenaan akan diarahkan untuk membuat pembaikan dan menjalankan kerja berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis. Tindakan Notis Berhenti Kerja akan dikeluarkan bagi kes-kes yang kritikal dan boleh menyebabkan keselamatan pihak pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.