Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

73) PENGUATKUASAAN PAPAN IKLAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur permohonan papan iklan rumah kedai?

    Bagi permohonan lesen papan iklan rumah kedai, pemohon perlu mengisi borang permohonan iklan dan disertakan dokumen-dokumen seperti di bawah :

     

    • Satu salinan ROB ( Borang A dan D) atau ROC ( Borang 9 dan 49 atau 13 jika ada) atau pendaftar Pertubuhan
    • Satu salinan    lakaran    iklan    yang    lengkap    dan    dibuat    melalui komputer/visual iklan;
    • Sekeping gambar lokasi pemasangan papan iklan ;
    • Satu salinan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF).
    • Surat kebenaran jiran jika terdapat iklan 2 muka disisi / tepi premis bangunan (jika berkenaan).
    • Penggunaan Bahasa Kebangsaan dan penggunaan visual juga akan dinilai di mana menjadi salah satu keperluan berdasarkan Undang- Undang Kecil Iklan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.