Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

234) PENGUATKUASAAN SAMPAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah denda RM 1000 kepada mereka yang membuang sampah masih dikuatkuasa dan sejauh mana penguatkuasaan itu berlaku?

    Tindakan denda atau kompaun sebanyak RM1000.00 kepada mereka yang membuang sampah masih digunapakai oleh semua PBT Negeri Selangor seperti di bawah Seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007. Antara tindakan yang telah di ambil oleh PBT adalah seperti berikut:-

     

    BIL PBT Tindakan Penguatkuasaan
     

     

    1.

     

     

    MBSA

     

    7 kompaun

    pada 2015

    Menugaskan anggota-anggota malaksanakan penyamaran dan tugasan statik di beberapa lokasi ‘hot spot’ yang menjadi tempat pembuangan sampah haram
     

    2.

     

    MBPJ

    7 kompaun

    pada 2015

    Akan mendakwa mereka di mahkamah sekiranya tidak membayar kompaun tersebut
     

     

    3.

     

     

    MPSJ

     

     

    10 kompaun

    pada 2014

    Menjalankan                                   penguatkuasaan pembuangan sampah melalui:

    1)        Operasi Sampah Haram Dan Pembakaran Terbuka

    2)      Operasi Sisa Perindustrian Dan Perdagangan.

    4. MPS Tiada Telah     menjalankan               pemantauan berkala
     

     

     

     

    5.

     

     

     

     

    MPKj

     

     

     

     

    Tiada

    Bagi individu yang membuang sampah dalam jumlah yang banyak, pihak MPKj akan menyita kenderaan tersebut selama seminggu bagi kesalahan pertama dan sebulan bagi kesalahan kali kedua serta individu yang bersalah perlu membayar kompaun sebanyak RM1000.00      dan      kos      sitaan

    sebanyak RM500.00 perlu dibayar sebelum         kenderaan         dapat

     

          dikeluarkan.
     

     

     

     

     

    6.

     

     

     

     

     

    MPK

    Dari         Januari hingga           Jun

    2015,        jumlah

    kutipan        hasil kompaun    yang dikenakan sebanyak RM25,975.00

    daripada perlaksanaan penguatkuasaan yang dijalankan.

    Telah menyita 12 buah kenderaan (8 lori, 2 kereta, 1 van dan 1 pacuan empat roda).
     

     

     

     

     

     

     

    7.

     

     

     

     

     

     

     

    MPAJ

     

     

     

     

     

     

     

    Tiada

    a)  Operasi Sampah Haram di mana Penguatkuasa akan diletakkan di lokasi-lokasi berkaitan;

    b)  Notis kepada penduduk yang membuang sampah di bawah Seksyen 82(5);

    c)  Pemantauan daripada kontraktor pembersihan kawasan dan penduduk sendiri;

    d)  Pemasangan papan tanda larangan membuang sampah;

    e)  Rondaan penguatkuasa;

    f)   Penahanan lori yang membuang sampah haram & kompaun dikeluarkan serta-merta;

     

    8.

     

    MPSp

     

    43 kompaun

    pada 2015

    Kompaun dikeluarkan berserta dengan sitaan lori sampah berkenaan.
     

    9.

     

    MDKL

     

    6 kompaun

    pada 2015

    Menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan pemantauan berkala
     

     

    10.

     

     

    MDKS

     

     

    Tiada

    MDKS telah meletakkan papan tanda dilarang membuang sampah denda RM 1,000.00 di lokasi – lokasi hot spot sampah haram

     

     

    11.

     

    MDSB

     

    Tiada

    Menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan pemantauan berkala
     

    12.

     

    MDHS

     

    Tiada

    Menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan pemantauan berkala

    **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

     

    1. MBSA – sebanyak 7 kompoun dikeluarkan sejak Januari hingga   Jun 2015;

     

    1. MBPJ – sebanyak 7 kompoun dikeluarkan dan akan mendakwa mereka di mahkamah sekiranya tidak membayar kompaun

     

    • MPSJ – sebanyak 10 notis tawaran kompaun RM1000 dikeluarkan

     

    MPK – Dari Januari hingga Jun 2015, pihak MPK telah menyita 12 buah kenderaan (8 lori, 2 kereta, 1 van dan 1 pacuan empat roda). Denda maksimum RM 1000.00 akan dikenakan ke atas setiap kesalahan di bawah peruntukkan yang sama serta lain-lain kos pentadbiran perlu dibayar sebelum kenderaan tersebut boleh dituntut. Sehingga kini, jumlah kutipan hasil kompaun yang dikenakan sebanyak RM 25,975.00 daripada perlaksanaan penguatkuasaan yang dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.