Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

160) PENGUATKUASAAN TERHADAP WAKTU PEMBUKAAN PREMIS HIBURAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah SOP Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan tiada pusat hiburan yang beroperasi lebih lewat daripada masa yang dibenarkan?

    Waktu operasi premis hiburan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

     

    i) Pusat Hiburan Keluarga (PHK) dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam;

    ii) Pusat Hiburan Istirehat (PHI) dari jam 4.00 petang sehingga 1.00 pagi; dan

    iii)        Pusat Hiburan Awam (PHA) dari jam 4.00 petang   sehingga 1.00 pagi.

     

    Antara tindakan yang boleh diambil oleh PBT bagi memastikan tiada pusat hiburan yang beroperasi lebih lewat daripada masa yang dibenarkan adalah:

     

    i) PBT akan melaksanakan pemantauan, pemeriksaan dan rondaan berjadual untuk memastikan aktiviti yang dijalankan mengikut syarat- syarat kelulusan dan pematuhan yang ditetapkan;

     

    ii) PBT boleh mengambil tindakan pembatalan lesen premis hiburan;

     

    iii)        Merampas cagaran pematuhan sekiranya pelesen melanggar syarat-syarat lesen hiburan; dan

    iv) Mengenakan kompaun di bawah Seksyen 29(1), Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 iaitu menjalankan aktiviti perniagaan melebihi had masa yang ditetapkan maksimum RM1,000.

Lampiran

Tiada Lampiran.