Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

198) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah peniaga-peniaga di Kompleks PKNS bersebelahan Pasar Besar Klang masih di benarkan beroperasi dari jam 3 pagi sedangkan persatuan-persatuan peniaga-peniaga di Pasar Besar Klang difahamkan oleh pihak EXCO dan PBT bahawa selepas bulan Disember 2009 mereka (peniaga-peniaga di Kompleks PKNS) tidak akan diberikan lesen perniagaan sekiranya mereka masih berbuat demikian ?

    1. Pihak penguatkuasa MPK telah menjalankan pemantauan di sekitar Kompleks PKNS setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad bagi memastikan tiada peniaga-peniaga di kompleks tersebut menjalankan perniagaan pada awal jam 3 pagi. Pemantauan  /  operasi telah dijalankan sejak awal Disember 2009 sehingga Mac  2010yang  turut  disertai pegawai Jabatan Perlesenan dan Penjaja MPK bagi mengenal pasti premis dan penjaja memiliki lesen perniagaan / penjaja dari pihak MPK yang melakukan kesalahan untuk diambil tindakan sewajarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.