Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

163) PENGUATKUASAAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah kekurangan penguatkuasaan semasa waktu malam untuk masalah seperti meletak kereta secara berleluasa, peniagaan lebih masa, meletak meja kerusi di kaki lima dan atas jalan?

    Langkah penyelesaian masalah seperti meletak kereta secara berleluasa, peniagaan lebih masa, meletak meja kerusi di kaki lima dan atas jalan adalah:

    1. i) Kebanyakan PBT Negeri Selangor telah melaksanakan jadual bertugas sistem shift. Tanggungjawab setiap anggota adalah bagi mengambil tindakan ke atas apa-apa pelanggaran undang-undang selepas waktu pejabat dan cuti umum.
    2. ii) Tindakan operasi perniagaan yang melebihi had masa biasanya dijalankan di pusat-pusat kecantikan, pusat hiburan, pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan (rumah urut), karaoke, pusat permainan snooker dan pusat siber. Bagi kesalahan perniagaan lebih masa ini, Peruntukan 10(1)(a), Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 iaitu gagal mematuhi apa-apa syarat atau sekatan boleh dikenakan kepada pengusaha.

     

    iii)          Manakala pengusaha restoran yang meletakkan meja kerusi di kaki lima perlu mendapatkan permit kerusi meja di PBT masing-masing. Pengusaha yang gagal boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu meletakan barang-barang yang berhubung dengan perniagaannya di tempat awam.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.