Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

34) PENGUBAHSUAIAN PREMIS TANPA KAWALAN DAN KELULUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tindakan beberapa peniaga yang membuat ubahsuaian premis tanpa sebarang kawalan dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan di gerai-gerai UPEN & PLB amat menyakitkan mata. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu ini dan bolehkah pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang untuk mengubah wajah gerai-gerai ini agar lebih tersusun dan seragam, dan sedap mata memandang

    Tindakan membuat pengubahsuaian tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan digeraigerai UPEN & PLB adalah salah dan tidak dibenarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan tindakan merobohkan binaan tanpa kelulusan boleh diambil. Kerajaan Negeri akan meminta semua PBT melihat semula perkara ini dan sekiranya gerai-gerai tersebut memerlukan pengubahsuaian, PBT hendaklah menyediakan satu pelan standard agar pengubahsuaian yang dilakukan adalah seragam dan tersusun. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menyalurkan peruntukkan kewangan kepada PBT untuk menjalankan pengubahsuaian tersebut. PBT bolehlah menggunakan peruntukkan Majlis sekiranya perlu untuk melaksanakan pengubahsuaian. Mana-mana penggerai yang degil dengan menjalankan pengubahsuaian tanpa kebenaran, PBT boleh membatalkan penyewaan gerai tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.