Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

62) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah sampingan (kacau ganggu, trafik dll) yang dibawa akibat pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?

    Bagi mengatasi dan mengawal aktiviti pengubahsuaian rumah teres kepada asrama, beberapa langkah pengawalan dan penguatkuasaan dilakukan oleh PBT berdasarkan maklumat awam dan tindakan diambil di bawah :

     

    • Seksyen 86(a), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) juga boleh diambil juga boleh diambil sekiranya aktiviti atau keadaan sesuatu premis itu mewujudkan kacau ganggu, mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan awam; dan
    • Seksyen 78 rumah yang diduduki dengan penuh sesak, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) – Seseorang yang membenarkan sesebuah rumah diduduki dengan sebegitu penuh sesak hingga mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan penduduk-penduduknya adalah bersalah atau suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi RM100.00 bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

    Tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas sebarang binaan yang tidak mengikut garispanduan kediaman dalam erti kata lain, pengubahsuaian rumah teres kepada asrama yang tidak bercirikan rumah kediaman sekiranya di dapati tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak majlis terlebih dahulu. Ini termaktub dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dibawah seksyen 70(12) – Binaan tanpa kebenaran yang ada perubahan kegunaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 dan juga denda tambahan tidak lebih daripada RM500.00 bagi tiap-tiap kesalahan selepas notis disampaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.