Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

22) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status garispanduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua PBT di Negeri Selangor masih dalam peringkat penelitian dan penyediaan (drafting) untuk mewujudkan Garis Panduan Penginapan Bukan Keluarga Di Bangunan Kediaman Negeri Selangor.  Garis panduan ini adalah satu usaha untuk menangani isu pengubahsuaian rumah kepada asrama. Beberapa cadangan dan penambahbaikan telah diterima termasuk sama ada untuk membenarkan pewujudan asrama di kawasan kediaman, kawasan perindustrian atau komersial sahaja. Oleh yang demikian, sebarang polisi yang dibuat akan mengambil kira semua faktor.

Lampiran

Tiada Lampiran.