Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

89) PENGUKUHAN KEFAHAMAN ISLAM TERHADAP SAUDARA BARU DI KALANGAN ORANG ASLI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Melalui penelitian yang dibuat berdasarkan maklumat atau kunjungan ke penepatan orang-orang asal khususnya di Negeri Selangor dan daerah- daerah tertentu didapati perlaksanaan mengukuhkan kefahaman Islam terhadap mereka begitu membimbangkan. Apakah peranan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan perkara tersebut?

    Pihak MAIS telah menyediakan sebanyak 50 Kelas Fardu Ain Mualaf bagi masyarakat Orang Asli berdasarkan pecahan berikut:

    • Gombak – 8
    • Kuala Langat – 10 kelas.
    • Sepang – 8
    • Hulu Langat – 7 kelas.
    • Hulu Selangor – 10 kelas.
    • Petaling – 7 kelas
    • Sabak Bernam & Kuala Selangor (tiada perkampungan Orang Asli).

     

    Selain itu, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) lantikan JAKIM juga ditempatkan di perkampungan Orang Asli di Selangor dengan nisbah 1 (PMOA) : 3 (KOA). Peranannya untuk memberi bimbingan agama kepada Orang Asli dalam hal Ehwal Agama Islam.

     

    Program-program pengukuhan kefahaman Islam yang telah diadakan kepada masyarakat Orang Asli di Selangor pada tahun 2013 (sehingga 11 November 2013):

     

    1. Kursus Intensif Mualaf (Orang Asli) – bagi OA yang baru memeluk Islam.
    2. Kursus Imam dan Bilal (Orang Asli).
    • Kursus Pasca Perkahwinan (Suami Hebat Rumah Tangga Berkat).
    1. Kursus Pemantapan Akidah (Orang Asli).
    2. Kursus Tahsin Solat (Orang Asli).
    3. Kursus Penghayatan   Islam    sempena   Sambutan   Maulidur   Rasul
    • Sambutan Hari Raya
    • Ceramah khas sempena Maulidur Rasul, Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha.

     

    Berdasarkan komitmen dan kesungguhan Orang Asli dalam mendalami agama Islam, pihak MAIS telah melantik 9 orang Panel Dakwah Mualaf MAIS dalam kalangan Orang Asli (Suku Temuan dan Mah Meri) untuk menyampaikan pengajaran agama Islam di perkampungan Orang Asli dalam Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.