Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

51) PENGUNJUNG DOMESTIK

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pengunjung domestik ke tempat pelancongan di Negeri Selangor?

    Jumlah Kedatangan Pelancong Domestik ke Negeri Selangor bagi Tahun 2018 adalah sebanyak 4.01 juta orang pelancong dimana ianya menyumbang sebanyak 55% daripada jumlah keseluruhan pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun berkenaan.

    Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2019 ini jumlah kedatangan pelancong domestik ke Negeri Selangor adalah sebanyak 1.86 juta orang pelancong. Prestasi kedatangan pelancong domestik tersebut meningkat sebanyak 4% berbanding catatan kedatangan pelancong domestik bagi tempoh yang sama pada tahun 2018 yang lalu.

    Tourism Selangor giat menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan atau produk-produk pelancongan kepada pasaran domestik melalui :-

    Penyertaan Tourism Selangor melalui siri promosi dalam negara seperti Matta Fair, Mita Fair dan lain-lain program promosi yang mensasarkan pasaran pelancong domestik di dalam Malaysia.

    Tourism Selangor pada tahun 2019 ini telah mengadakan program Skuad Kembara Sekolah dimana Tourism Selangor telah membuat kunjungan ke sekolah-sekolah di Negeri Selangor bagi memperkenalkan lagi destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor kepada guru-guru dan para pelajar di samping membawa bersama produk pelancongan sekitar Negeri Selangor. Ini merupakan program interaktif yang dijalankan oleh Tourism Selangor bagi memberi kesedaran dan menggalakkan pelancongan domestik di kalangan masyarakat tempatan ke Negeri Selangor. Program ini turut telah mendapat sokongan yang amat padu dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan telah mendapat pengiktirafan melalui sijil penyertaan yang telah dikeluarkan kepada para pelajar yang mengambil bahagian.

    Kerjasama dengan Tourism Malaysia dan syarikat penerbangan seperti Malindo Air dan Air Asia di dalam menganjurkan program “Familiarization Trip” atau FAM Trip kepada agensi pelancongan luar dari Negeri Selangor untuk melawak ke produk-produk pelancongan di Negeri Selangor dan kemudiannya agensi-agensi berkenaan akan menghasilkan pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor untuk ditawarkan kepada pasaran pelancong domestik di Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.