Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

137) PENGUPAYAAN KAFAI AL ISLAH, JALAN PJS 3/44, PETALING JAYA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. KAFAI Al Islah adalah sebuah sekolah yang menyewa unit kedai di tingkat 1 dan 2. Adakah ini dibenarkan memandangkan sekolah ini hanya ada satu pintu masuk?

    Penubuhan sekolah agama rakyat adalah diasaskan oleh masyarakat (rakyat) tempatan. Keutamaan kemudahan sekolah kategori ini adalah di masjid dan surau.

    Namun begitu, kategori sekolah ini juga boleh diurus oleh Jawatankuasa Penduduk yang boleh memutuskan tempat sekolah ini akan beroperasi.

    Walau bagaimana pun kebenaran dan kelulusan pihak bomba dan penyelamat adalah diperlukan dalam proses pendaftaran sekolah bagi menjamin keselamatan murid.

Lampiran

Tiada Lampiran.