Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

25) Pengupayaan Surau

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakkan surau di kawasan DUN Jeram tidak terurus dengan baik. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan bagi mengupayakan surau terutama bagi surau yang berada dikawasan taman dan apartmen lama?

    Peruntukan pembaikan surau sememangnya disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui JAIS. Namun peruntukan baik pulih surau berdasarkan peruntukan tahunan JAIS turut disalurkan ke surau di daerah-daerah lain yang memerlukan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan. Keutamaan akan diberi kepada surau-surau yang dibina di atas tapak di bawah kawalan Pengarah JAIS yang memenuhi ‘merit’ atau keperluan menyegerakan penyelenggaraan surau tersebut berdasarkan situasi kerosakan yang dialami. Keperluan kerja baik pulih kecil dan penyelenggaraan surau yang berada di atas tapak yang lain termasuk di DUN Jeram boleh dikemukakan kepada JAIS untuk dimasukkan di dalam Rancangan Baik Pulih Dan Penyelenggaraan 3 Tahun JAIS (RBP-1) 2020-2021 untuk dipertimbangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.