Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

23) PENGURANGAN BAYARAN PREMIUM TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah cara kerajaan untuk membantu mereka-mereka yang telah ditawarkan tanah tetapi tidak mampu untuk membayar premium sedangkan hanya itu harapan mereka untuk memiliki harta seperti berlaku di Taman Timah Langat, Dengkil?

    Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk tidak akan menimbangkan rayuan pengurangan premium kepada syarikat-syarikat kecuali kepada individu yang layak sahaja. Mengikut Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 2/2008, peratusan pengurangan yang boleh diperakukan kepada pemohon adalah sebanyak 40% tertakluk kepada kriteria-kriteria berikut:-

     

    • Tanah yang diberi milik untuk tujuan bangunan kediaman sahaja;
    • Bangunan kediaman hanya untuk kegunaan sendiri dan didiami oleh pemohon;
    • Pendapatan isi rumah RM1,500.00 sebulan dan ke bawah ATAU pendapatan per kapitan RM300.00 dan ke bawah [pendapatan per kapita RM300.00 bagi sebuah keluarga terdiri daripada lima (5) orang ahli berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah RM1,500.00];
    • Selain Paras Garis Kemiskinan yang ditetapkan, faktor-faktor berikut turut diambil kira:-
    1. Bilangan anak / tanggungan;
    2. Kecacatan fizikal atau tahap kesihatan; dan
    3. Bebanan kewangan yang dihadapi (pembiayaan pengajian anak / sakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi / buah pinggang / kanser)

Lampiran

Tiada Lampiran.