Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

244) PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi maklumat terperinci tentang cadangan pengurangan cukai taksiran bagi rumah kos rendah sehingga ke 25% seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar pada awal Jun 2012.

    Cadangan pengurangan cukai taksiran bagi rumah pangsa kos rendah sebanyak 20 hingga 25 peratus merupakan satu lagi insentif daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk rakyat memandangkan Kerajaan Negeri dapat mengurangkan 10% kos pengendalian pelupusan dan pengumpulan sampah yang dilaksanakan di semua Pihak Berkuasa Tempatan negeri Selangor.   Walau bagaimanapun, diskaun ini  hanya boleh dinikmati oleh pemilik unit kediaman yang menetap  di sesebuah pangsapuri dan tidak mempunyai tunggakan cukai taksiran pada unit kediaman berkenaan.  Oleh demikian, ahli jawatankuasa pengurusan bersama [joint management commitee (JMC)] atau ahli majlis perbadanan pengurusan [management corporation (MC)] akan dipertanggungjawabkan untuk membuat perakuan kepada pemilik pangsapuri yang layak menikmati rebet pengurangan cukai taksiran tersebut.   Diskaun pengurangan cukai pintu akan diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada pemilik pangsapuri yang telah mendapat perakuan layak daripada JMB atau MC masing-masing semasa membuat bayaran.   Manakala, pemilik unit kediaman pangsapuri kos rendah yang menyewakan petak mereka akan dikenakan cukai pintu pada kadar biasa.

    Walau bagaimanapun, satu bengkel akan diadakan bersama semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor untuk memperhalusi kaedah pemberian diskaun cukai pintu kepada pemilik pangsapuri kos rendah yang layak supaya pelaksanaan program ini dapat dibuat secara berkesan, tepat dan pantas.

Lampiran

Tiada Lampiran.