Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

89) PENGURANGAN HASIL TANGKAPAN NELAYAN SUNGAI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah analisis Kerajaan Negeri berkenaan punca pengurangan jumlah tangkapan?

    Jabatan Perikanan Negeri Selangor sebagai pihak yang bertanggungjawab telah mengambil langkah memulihkan keadaan bagi meningkatkan hasil tangkapan. Program pelepasan umum bukan sahaja dilaksanakan di Sungai Selangor malah di beberapa sungai dan tasik. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan stok ikan yang sedia ada. Program pelepasan dijalankan bermula tahun 2010 dan dilakukan bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun berterusan bagi menampakkan dan meningkatkan hasil. Spesis yang hendak dilepaskan perlulah spesis asli dari sungai tersebut dan bukan spesis asing. Pelepasan spesis asing adalah dilarang kerana boleh mengganggu ekosistem atau habitat asal dan seterusnya menghapuskan spesis asal di sungai tersebut. Jabatan Perikanan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk mengekalkan stok ikan/udang di lembangan tersebut dengan kadar pelepasan yang sama pada tahun mendatang.

    Jabatan Perikanan juga sedang mengumpul data pendaratan ikan sungai daripada nelayan sungai dan dijangka akan dapat dianalisa pada akhir tahun 2015 bagi mengenalpasti keberkesanan program pelepasan yang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.