Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

183) PENGURANGAN PREMIUM PAJAKAN TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu premium pajakan tanah melibatkan pemilik tanah di Petaling Jaya masih belum dilunaskan disebabkan kadar yang terlalu tinggi bagi pemilik. Bagaimana dapat kerajaan pertimbangkan mengenakan premium pajakan tanah yang lebih munasabah bagi pemilik dapat melanjutkan tempoh pajakan mereka?

    Merujuk kepada Pekeliling PTG Sel. Bil 6/2003 Kerajaan Negeri memberi insentif kepada pemohon yang menjelaskan bayaran premium dalam tempoh segera seperti berikut:

    Kegunaan Bayaran dalam tempoh 3 bulan Bayaran dalam tempoh 6 bulan Bayaran dalam tempoh 9 bulan
    Bangunan kediaman

    /Perniagaan / Industri

    Potongan 15% Potongan 10% Potongan 5%

     

    Untuk makluman ahli mesyuarat, merujuk kepada ‘Selangor Land Rules 2003’, kadar bayaran premium yang    perlu dijelaskan oleh pemohon di bawah permohonan Serah balik dan Beri milik Semula Tanah, Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara, bagi tujuan untuk melanjutkan tempoh pajakan adalah menggunakan formula yang sama bagi setiap daerah di Selangor seperti berikut :

     

    Formula :

     

    Kediaman:

    ¼ x 1/100 x nilaian tanah semasa x 99 / 60 Tahun – Baki Tempoh Pajakan.

     

    Komersial / Industri:

    ¾ x 1/100 x nilaian tanah semasa x 99 tahun – Baki Tempoh Pajakan.

     

     

    Walau bagaimanapun, nilaian tanah adalah merujuk kepada nilaian tanah semasa yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor. Nilaian tanah semasa adalah berbeza mengikut lokasi. Justeru itu, lokasi yang strategik dan berkapasiti tinggi dalam pembangunan kebiasaannya akan diberi nilaian tanah yang tinggi oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.