Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

210) PENGURUSAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah alasan nya yang Ahli Majlis langsung tidak di libatkan dalam Jawatankuasa Perancangan dan Jawatankuasa Pembangunan peringkat PBT ?

    Dakwaan yang mengatakan bahawa Ahli Majlis tidak langsung dilibatkan dalam Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan peringkat PBT adalah tidak benar sama sekali.

    Berdasarkan kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian perumahan dan

    Kerajaan Tempatan Bilangan 6/2008 bertarikh 2 September 2008, keahlian Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) adalah terdiri daripada jabatan teknikal dalaman dan luaran termasuk 4 orang Ahli Majlis yang dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.