Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

69) PENGURUSAN AIR BAWAH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pengurusan air setelah pengambilalihan oleh kerajaan Selangor daripada Syabas?

    Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, usaha dan matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor adalah demi menjamin perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif di samping dapat meneruskan Program Air Percuma kepada seluruh

     

    • Justeru itu, tarikh 10 Julai 2015 merupakan tarikh bersejarah kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya memeterai Perjanjian Tambahan ke atas Perjanjian Utama. Pada tarikh ini, Kerajaan Negeri telah berjaya merungkai kemelut panjang industri perkhidmatan air dan akhirnya rakyat Negeri Selangor berjaya memiliki semula perkhidmatan air yang dikawal secara langsung oleh Kerajaan

     

    • Lanjutan daripada itu, pada 15 Oktober 2015, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dengan rasminya telah mengambil alih pengurusan operasi SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Seterusnya pada 26 Januari 2016, pengambilalihan syarikat konsesi Konsortium ABASS Sdn Bhd (“ABASS”) telah

     

    • Di bawah Perjanjian Utama, antara obligasi-obligasi yang perlu dipatuhi oleh Air Selangor setelah pengambilalihan SYABAS, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan ABASS adalah untuk menamatkan Perjanjian Konsesi PNSB dan Perjanjian Konsesi ABASS. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Air Selangor pada ketika ini sedang dalam proses untuk memuktamadkan penamatan Perjanjian Konsesi PNSB dan Perjanjian Konsesi

     

    • Pada masa yang sama, Air Selangor juga telah mengambil alih operasi dan pengurusan rawatan air bagi semua loji rawatan air (LRA) yang dahulunya di bawah Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. dan ABASS manakala LRA SSP 1, SSP 3 dan Rasa masih kekal di bawah pengurusan SPLASH kerana pengambilalihan SPLASH masih belum

     

    • Sehubungan dengan itu, setelah proses pengambilalihan secara keseluruhan dimuktamadkan, Air Selangor akan menjadi operator tunggal bagi operasi rawatan dan agihan. Selaku operator tunggal, pemantauan dan kawalan secara langsung akan diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan bahawa Air Selangor beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan

Lampiran

Tiada Lampiran.