Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

235) PENGURUSAN AIR NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan bekalan air di Selangor mencukupi tanpa catuan di masa hadapan?

    Kerajaan Negeri adalah bertanggung jawab untuk menyediakan sumber air mentah dan air terawat yang mencukupi kepada pengguna baik dari segi kualiti dan kuantiti. Dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut, Kerajaan Negeri memberikan perhatian utama ke atas perkara-perkara seperti berikut:

     

    • Kebolehdapatan sumber air mentah yang mencukupi selepas tahun 2024 baik dari segi kuantiti dan juga kualiti;

     

    • Bekalan air bersih yang mencukupi dengan rezab minima sebanyak 15%;

     

    • Penurunan kadar Non Revenue Water (NRW) sekurang-kurangnya pada kadar 25% pada tahun 2020 yang perlu dilaksanakan dengan serius oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor). Sasaran ini adalah bertepatan dengan perancangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mana tahap NRW kebangsaan berada pada tahap 25% menjelang tahun 2020; dan

     

    • Pemantauan yang berterusan berhubung kualiti sumber air mentah supaya menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi yang

     

    Langkah jangka pendek yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam mencapai sasaran memastikan bekalan air mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti adalah merupakan tindakan segera yang memberi impak jangka panjang, antaranya adalah seperti berikut:-

     

    • Pelaksanaan Projek Mitigasi 2 yang akan disiapkan sepenuhnya pada Disember 2015 yang akan memberikan penambahan pengeluaran dari loji sedia ada sebanyak 300 JLH;

     

    1. Melaksanakan projek membaik pulih loji rawatan air Sungai Langat bagi memastikan loji tersebut boleh beroperasi hingga mencapai pengeluaran 500 JLH dengan adanya sistem standby;

     

    • Dengan persetujuan dari Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan Negeri akan mendapatkan bekalan air mentah 500 JLH dari Sungai Semantan boleh disalurkan ke Sungai Langat dengan menggunakan fasiliti Penyaluran Air Pahang Selangor yang telah siap sepenuhnya seperti muka sauk, terowong dan rumah pam di Semantan sementara menunggu siapnya Projek Langat 2. Kerajaan Negeri telah menulis kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk mendapatkan persetujuan

     

    1. Dengan persetujuan dari Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan Negeri akan mendapatkan bekalan air bersih dari Negeri Sembilan sebanyak 65JLH. Kerja-kerja pemasangan paip dari Negeri Sembilan ke Negeri Selangor akan dilaksanakan oleh JBA,

     

    • Pengaktifan kerja-kerja pengepaman kolam-kolam takungan di Bestari Jaya dan Kolam HORAS bagi mengawal pelepasan Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi;

     

    • Kerajaan Negeri Selangor juga telah melantik perunding untuk membuat kajian terperinci mengenai “Water Resources, Supply, Demand And Distribution Study For Selangor” untuk dijadikan sebagai Master plan atau Blueprint bekalan air. Melalui kajian ini kelak, Kerajaan Negeri boleh mengenal pasti sumber-sumber baru untuk kegunaan masa hadapan. Melalui kajian ini juga, Kerajaan Negeri akan dapat mengenalpasti semua sistem agihan yang sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan inter connection di mana melalui inter connection  ini, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji, maka ia tidak menjejaskan pembekalan kepada pengguna sebaliknya pembekalan kepada loji yang henti tugas tadi boleh ditampung oleh loji rawatan air yang lain dan Kerajaan Negeri boleh menyediakan masterplan bekalan air untuk tempoh 50 tahun akan datang;

     

    • Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti pembinaan loji-loji baru secara fast track untuk digunakan bagi menampung permintaan pengguna menjelang tahun 2017 dengn anggaran kapasiti sebanyak 350

     

    • Kerajaan Negeri melaksanakan kempen-kempen kesedaran dimulai dengan semua agensi Kerajaan dalam usaha untuk menggunakan air secara jimat dan berhemah dalam usaha untuk menurunkan sekurang-kurangnya 20% penggunaan domestik yang dianggarkan sebanyak 250 liter/orang/hari. Dengan penjimatan ini, dianggarkan sebanyak 880JLH air dapat disimpan menjelang tahun

     

    Langkah jangka panjang atau masterplan bekalan air untuk tempoh 50 tahun akan datang akan diumumkan selepas kajian “Water Resources, Supply, Demand And Distribution Study For Selangor” dimuktamadkan.  Pada ketika ini antara langkah jangka panjang yang adalah meneruskan pelaksanaan Projek Langat 2 yang dijangka akan siap pada tahun 2019.

     

    Setelah pengambilalihan operasi SYABAS oleh Air Selangor, Kerajaan Negeri melalui Air Selangor akan melaksanakan penilaian semula ke atas operasi pengagihan dan loji rawatan air sedia ada bagi memastikan operasi pengagihan dan rawatan air di Negeri Selangor adalah mencapai tahap keberkesanan yang unggul. Kerajaan Negeri mensasarkan penurunan NRW pada kadar 2% setiap tahun dan dalam tempoh 5 tahun kadar NRW dapat diturunkan ke tahap minimum 25% di mana jumlah air yang dapat disimpan dianggarkan sebanyak 1,156 JLH.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.