Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

114) PENGURUSAN BANGUNAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah cara penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah di atas oleh semua pangsapuri kos rendah khususnya?

    Pelbagai program dan skim bantuan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meringankan beban ekonomi pembeli pangsapuri kos rendah di bandar seterusnya membantu pengurusan JMB agar lebih teratur dan terurus seperti berikut:

    • SAFWA ‘Selangor Free Water Scheme’

    Program pemberian air percuma kepada penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal melalui kaedah ‘Lapor dan dapat’.

    • PERMAI ’Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu’

    Penyelesaian dan pelaksanaan migrasi meter air pukal kepada meter air individu bagi pangsapuri bukan kos rendah (Kod 17) melalui Task Force PERMAI.

    • CERIA ’Caring Government For Residents Improvement Aid’

    Bantuan baikpulih rumah pangsapuri melalui kaedah perkongsian kos diantara Kerajaan Negeri dan Pihak Pengurusan Bangunan iaitu JMB/MC. iv) Pendakwaan

    Penguatkuasaan Akta 663 melalui tindakan pendakwaan kepada pemaju yang gagal menubuhkan JMB dan pembeli yang gagal membayar caj.

    • Kempen BCH ’Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni’

    Memberi mesej dan kesedaran kepada penduduk pangsapuri agar menjalankan tanggungjawab mereka membayar caj penyenggaraan melalui aktiviti dan promosi yang dijalankan oleh pelbagai agensi.

    • SEROJA ’Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri Negeri Selangor’

    Bantuan kerajaan negeri kepada JMB/MC sebagai insentif kepada penduduk yang bekerjasama menjaga keselamatan kawasan pangsapuri masing-masing

Lampiran

Tiada Lampiran.