PENGURUSAN BANGUNAN
19) PENGURUSAN BANGUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan mengambil alih pengurusan bangunan rumah pangsapuri kos rendah yang mempunyai masalah?
Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], hakmilik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hakmilik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan pangsapuri sendiri. Tiada dalam mana-mana peruntukan undang-undang yang memperuntukkan kuasa dan tugas kepada PBT secara langsung untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan bersama flat kos rendah setelah tamat tempoh pembaikan oleh
Walau bagaimanapun, Seksyen 86, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), telah memperuntukkan Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di pangsapuri berkaitan. Setakat ini, terdapat 224 kawasan pemajuan telah diuruskan oleh ejen pengurusan yang dilantik Pesuruhjaya Bangunan.
Sekiranya Kerajaan Negeri mengambil alih semua pengurusan kos rendah di Negeri Selangor, adalah dianggarkan Kerajaan Negeri perlu menanggung kos yang sangat tinggi sejumlah RM139.2 juta setahun (anggaran kos penyenggaraan termasuk fi ejen pengurusan, insurans dan sebagainya sejumlah purata setiap unit petak RM50.00 melibatkan 231,947 unit petak pangsapuri kos rendah). Oleh itu, cadangan ini perlu dikaji dengan lebih teliti terutamanya kos sebenar yang terlibat termasuk kos akibat vandalisme dan kegagalan pemilik tidak membayar caj serta impak kepada usaha-usaha ke arah pemberdayaan komuniti yang tidak bergantung pada kerajaan secara berterusan.
Berdasarkan analisis yang dibuat kepada JMB atau MC pangsapuri-pangsapuri yang berjaya, faktor utama yang mendorong kepada penyelesaian isu-isu JMB adalah kemahuan, komitmen dan kerjasama sesebuah komuniti pangsapuri itu sendiri untuk membuat perubahan menjadikan pangsapuri mereka kepada
pangsapuri “Bersih, Ceria Dan Harmoni”. Malahan, Kerajaan Negeri mendapati, pengurusan bangunan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa JMB atau MC adalah lebih baik kerana kos pengurusan yang lebih optimum.
