Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

124) PENGURUSAN BANTUAN BENCANA ALAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisma pengurusan bencana alam di peringkat DUN dan negeri?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor menggunapakai Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

     

    MEKANISME PENGURUSAN BENCANA

     

     

     

    TAHAP PENGURUSAN BENCANA

     

    1. “Pengurusan Bencana Tahap I” ialah pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dan ianya dapat ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat di dalam pengurusan Bencana di Peringkat Daerah sama ada tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad.

     

    1. “Pengurusan Bencana Tahap II” ialah pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku melebihi daripada satu daerah di negeri yang sama yang memerlukan penggemblengan sumber di Peringkat Negeri dengan bantuan daripada Peringkat Pusat yang terhad.

     

    • “Pengurusan Bencana Tahap III” ialah pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku melebihi daripada satu negeri atau bersifat kompleks yang memerlukan penyelarasan dan penggemblengan sumber di Peringkat Pusat atau dengan bantuan luar negara.

     

    Negeri Selangor bermula pada tahun 2014 telah menubuhkan Unit Pengurusan Bencana selaku urusetia bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Pemantauan semua kes bencana adalah seperti carta alir di bawah:

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.