Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

166) PENGURUSAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan semula untuk menambah kapasiti simpanan air bersih dan menukar paip-paip air lama sebagai langkah mengatasi masalah air di selangor?

    (b) dan (c) dijawab bersekali:

     

    • Kerajaan Negeri Selangor memang sentiasa pro-aktif memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi dan langkah seperti menambah kapasiti simpanan air bersih dan menukar paip-paip air usang adalah antara penyelesaian yang bakal dilaksanakan demi memastikan penyediaan mutu perkhidmatan air yang terbaik kepada

     

    • Sebelum perancangan yang teratur dan komprehensif boleh dilakukan, Air Selangor perlu melakukan penilaian dan analisis ke atas operasi sistem bekalan air sedia ada. Ini hanya boleh dilakukan setelah Air Selangor mengambil alih operasi dan pengurusan bekalan air sepenuhnya dari syarikat- syarikat pemegang konsesi air sedia

     

    • Langkah-langkah alternatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam mengukuhkan bekalan air mentah adalah dengan penyiapan HORAS bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemarau sekiranya ia berlaku pada tahun 2016. Seperti dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Negeri tidak menjangkakan sebarang catuan akan berlaku pada tahun 2015 di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain daripada HORAS, Kerajaan Negeri juga merancang untuk melaksanakan pemindahan air mentah dari Sungai Bernam. Setelah siapnya kerja-kerja pemindahan air mentah Sungai Bernam dan HORAS, sumber air mentah di Sungai Selangor akan

     

    • Kerajaan Negeri Selangor juga menyokong penuh inisiatif Program Kempen Penjimatan Air yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada pengguna air cara menjimatkan air dan mengurangkan pembaziran di rumah dan tempat kerja. Sekiranya penggunaan domestik di Negeri Selangor sebanyak 235 liter/orang/hari dapat dijimatkan sebanyak 20% daripada kadar penggunaan air semasa, ia boleh memberikan penjimatan yang dianggarkan sebanyak 850 JLH pada tahun 2020 daripada jumlah permintaan air sedia ada bagi mengurangkan penggunaan air per

     

    • 6) Menyedari tanggung jawab  untuk  menyediakan  air  mentah  dan  air  terawat yang mencukupi bagi menampung permintaan penggunaan dari segi kualiti dan kuantiti, Kerajaan Negeri Selangor juga telah melantik perunding untuk membuat kajian terperinci mengenai “Water Resources, Supply, Demand And

    Distribution Study For Selangor” untuk dijadikan sebagai Master plan atau Blueprint bekalan air. Melalui kajian ini kelak, Kerajaan Negeri boleh mengenal pasti sumber-sumber baru untuk kegunaan masa hadapan. Melalui kajian ini juga, Kerajaan Negeri akan dapat mengenalpasti semua sistem agihan yang sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan inter connection di mana melalui inter connection ini, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji, maka ia tidak menjejaskan pembekalan kepada pengguna sebaliknya pembekalan kepada loji yang henti tugas tadi boleh ditampung oleh loji rawatan air yang lain dan Kerajaan Negeri boleh menyediakan masterplan bekalan air untuk tempoh 50 tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.