Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

102) PENGURUSAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan sedar bekalan air di Selangor sering terganggu oleh kerjakerja paip pecah, membaiki jalan atau oleh pencemaran ammonia?

    Memang kerajaan negeri sedang akan berlakunya gangguan bekalan air dan gangguan in adalah gangguan yang tidak berjadual dan gangguan ini disebabkan beberapa perkara seperti paip pecah, pembaikan jalan, henti tugas loji rawatan air, gangguan bekalan elektrik dan juga tidak kurang juga disebabkan pencemaran sumber air mentah. Maka di antara usaha-usaha kerajaan negeri yang melibatkan jangka pendek dan jangka panjang antaranya yang pertama yang banyak kita bahaskan dalam dewan yang mulia ini untuk kita muktamadkan segera penstrukturan industri perkhidmatan air di negeri Selangor. Yang keduanya kerajaan negeri juga melaksanakan projek mitigasi 2 yang mana projek mitigasi 2 ini sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menambah baik sistem agihan sedia ada dan usaha ini mengagihkan kapasiti pengeluaran oleh loji rawatan air kepada pengguna dan projek mitigasi 2 ini dijadualkan siap sepenuhnya pada September 2015. Dan yang ketiganya dari sudut penurunan kadar NRW yang kita ketahui bahawa NRW Selangor gagal diturunkan kepada sasaran iaitu sekitar 20% yang sepatutnya disasarkan pada 2012 setelah berbelanja kira-kira RM1 bilion. Jadi kegagalan ini dengan sendiri menafikan potensi Selangor untuk mendapatkan tambahan air bersih sebanyak lebih 600mld dan ia mampu memberi keperluan selepas tahun 2020 pada hakikatnya. Jadi SPAN menyasarkan NRW nasional pada tahap 25% pada tahun 2020 Selangor merupakan penyumbang terbesar tahap NRW nasional perlulah berada pada tahap minimum 25% dalam masa 5 tahun. Ini bermakna Selangor perlu menurunkan NRW pada kadar sekurang- kurangnya 2% setahun. Justeru itu kerajaan negeri Selangor telah menyasarkan penurunan NRW yang perlu dicapai adalah sebanyak 2% setahun selaras dengan sasaran yang dibuat oleh SPAN itu sendiri. Walau bagaimanapun kita mengharapkan agar impian kita tercapai selepas kita muktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor. Yang keempatnya meningkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi pencemaran sumber air mentah yang saya kira telah pun juga kita banyak bicarakan dalam dewan ini dan juga telah pun menjawab beberapa soalan daripada Ahli Dewan sekalian. Dan kerajaan negeri juga akan terus melaksanakan tindakan untuk memastikan kesinambungan bekalan air serta kesediaan sumber air di empangan cukup seperti mana antara yang dilakukan adalah meneruskan operasi pembenihan awan (cloud seeding) untuk membolehkan hujan turun di kawasan tadahan dan lembangan sungai. Menguruskan operasi pengepaman air dari kolam takungan Bestari Jaya tanpa mengabaikan soal kualiti sumber air tersebut. Dan mengawal pelepasan air empangan bagi memastikan pelepasan dilaksanakan secara optimum dengan mengambil kira sumber air sedia ada dan juga mengadakan kerjasama erat di antara agensi kerajaan negeri bersama Jabatan Alam Sekitar bagi memantau dan mengawal bagi mengelakkan berlakunya pencemaran air begitu juga penguatkuasaan yang tegas melalui pemantauan yang berterusan di sepanjang sungai yang terlibat dalam pembekalan air mentah iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Semenyih.

Lampiran

Tiada Lampiran.