Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

71) PENGURUSAN BEKALAN AIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tarif air SYABAS termasuk caj minimum, adalah kira-kira 3 kali ganda dari Pulau Pinang. Tidakkah ini sangat melampau kerana Pulau Pinang masih untung walaupun hanya mempunyai 300,000 pengguna sedangkan SYABAS mempunyai 1.5juta pengguna

    Negeri Selangor mempunyai 1.5 juta akaun yang melibatkan sejumlah 7.5 juta
    pengguna. Terdapat perbezaan di antara pengurusanair di negeri Selangor dan
    Pulau Pinang.Antaranya adalah seperti berikut
    i. Kadar NRW yang tinggi bagi Negeri Selangor iaitu sebanyak 42%
    berbanding dengan Negeri Pulau Pinag iaitu sebanyak 19.4% bagi tahun
    2005.
    ii. Tunggakan yang amat tinggi yang perlu dilunaskan oleh SYABAS setelah
    mengambil alih pengurusanair daripada PUASBerhad iaitu:
    a. Hutang kepad operatorloji sebanyak RM2.368 bilion.
    b. Hutang kepad Kerajaan Persektuansebanyak RM772.5juta.
    c. Tanggungan kontrak-kontrak yang sednag dilaksanakan
    sebanyak RM570juta.
    Hi. SYABAS perlu membayar caj royalti air mentah sebanyak RMO.01/m3
    setahun dan caj konsesi sebanyak RM1 juta setahun kepada ke~aan
    Negeri. Bagi tahun 2007, sebanyak RM14 juta telah dibayar bagi caj
    royalti air mentah sementara RM 1 juta telah dibayar bagi caj konsesi
    kepada Ke~aan NegeriSelangor.
    iv. Memandangkankawasan liputan agihan SYABAS adalah tiga kali ganda
    lebih besar daripada Pulau Pinang, kos pengagihan dan pengendalian
    bekalan air SYABAS adalah jauh lebih tinggi iaitu melibatkan pengurusan
    saluran-saluran papip sepanjang 25,000.00 km,1070 kolam air (termasuk
    kolam air, tangki air, kolam sedut dan kolam sedut dwifungsi) serta 431
    rumah pam di seluruh NegeriSelangor, Kula Lumpur dan Putrajaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.