Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

221) PENGURUSAN DAN PEMBAIKAN CERUN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah lokaliti cerun dan bilangan kes tanah runtuh berlaku antara tahun 2008 hingga Jun 2017?

    Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Unit Pengurusan Bencana SUK Selangor yang mula ditubuhkan pada tahun 2014, bermula tahun 2014 sehingga tahun 2017 direkodkan sebanyak lapan (8) kes kejadian tanah runtuh / tanah mendap telah berlaku di Negeri Selangor. Maklumat berkaitan dilampirkan bersama.

    Mengikut maklumat yang diperolehi daripada JKR Malaysia, Cawangan

    Kejuruteraan Cerun (CKC), daripada tahun 2008 hingga tahun 2017 sebanyak

    (182) kes kejadian tanah runtuh / mendap telah dilaporkan berlaku di seluruh Negeri Selangor melibatkan jalan dan bangunan sahaja. Maklumat berkaitan dilampirkan bersama.

Lampiran

Tiada Lampiran.