Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

36) PENGURUSAN JALAN RAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan persekutuan untuk pembinaan dan pengurusan jalan setiap PBT di Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009?

    Berdasarkan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan Pemberian Penyelenggaraan Jalan raya kepada Kerajaan Negeri, dan tiada peruntukan khusus untuk pembinaan dan pengurusan jalan kepada PBT. Namun begitu, Kerajaan Negeri tetap menyediakan peruntukan dan telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan jalan raya kepada PBT pada setiap tahun.