Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

24) PENGURUSAN JMB-MC

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kawasan rumah flat kos rendah yang mengalami masalah disebabkan JMB/MC yang tidak berfungsi mengikut DUN?

    Merujuk kepada rekod Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejumlah 399 kawasan pangsapuri kos rendah yang mengalami masalah pengurusan kerana JMB/MC tiada atau tidak berfungsi mengikut kawasan PBT setakat 15 Julai 2019 seperti berikut:

     

    BIL. PBT JUMLAH KAWASAN
    1 MBSA 82
    2 MBPJ 34
    3 MPK 12
    4 MPSJ 102
    5 MPAJ 30
    6 MPS 20
    7 MPKj 113
    8 MPSp 1
    9 MDHS 4
    10 MDKL 0
    11 MDKS 1
    12 MDSB 0
    JUMLAH 399

Lampiran

Tiada Lampiran.