Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

81) PENGURUSAN KAWASAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kebanyakan kawasan perindustrian lama terutamanya kawasan perindustrian di dalam kawasan DUN Balakong mengalami masalah kekurangan peruntukan untuk membaiki atau menaiktaraf infrastruktur mereka kerana kawasan-kawasan ini belum diserah balik ke PBT dan hanya bergantung dengan peruntukan Persatuan Pengilang sekiranya kawasan tersebut mempunyai persatuan sebegitu. Apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan demi membantu dalam keadaan sebegini?

    Persatuan Pekilang Industri Kampung Baru Balakong dibenarkan membuat penyerahan infrastruktur secara berperingkat kepada pihak MPKj. Pihak Persatuan dikehendaki mematuhi syarat-syarat MPKj semasa permohonan penyerahan infrastruktur.

Lampiran

Tiada Lampiran.