Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

104) PENGURUSAN MASJID

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka masa panjang kerajaan untuk memantapkan institusi masjid terutama semua masjid di Selangor dan berapakah peruntukan yang dikeluarkan bagi melatih kakitangan masjid dan apakah latihan yang telah dilaksanakan

    Perancangan jangka panjang kerajaan adalah melancarkan KPI (Penanda Aras
    Pencapaian Pengurusan Masjid) untuk semua masjid-masjid di Selangor.
    Pemantauan dari sudut pengurusan, pentadbiran, kewangan, pengimarahan,
    kebajikan dan keceriaan akan sentiasa dilaksanakan mengikut standard KPI pada
    setiap 3 bulan sekali yang akan dilakukan oleh pegawai-pegawai di daerah masingmasing.
    i. Melaksanakan kursus-kursus Nazir / AJK masjid di ILDAS antaranya seperti
    berikut :
    1) Kursus Pemerkasaan Imam Masjid
    2) Kursus Pemahaman Enakmen-Enakmen Syariah Negeri Selangor
    3) Kursus Pengurusan Kewangan Cemerlang
    4) Kursus Pengukuhan Tadbir Urus Masjid dan lain-lain.
    ii. Menubuhkan Akademi Imam di bawah kelolaan Masjid Negeri bertujuan untuk
    melatih imam-imam masjid.
    iii. Memberi latihan kepada penceramah-penceramah bertauliah dan
    menggunakan kitab-kitab tertentu untuk diajar di masjid.

Lampiran

Tiada Lampiran.