Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

15) PENGURUSAN PANGSAPURI (JMB & MC)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang boleh diambil Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengurusan JMB yang enggan bekerjasama dengan ADUN atau Ahli Parlimen yang mengabaikan masalah penghuni?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor telah menyediakan medium untuk memudahcara isu-isu pengurusan JMB/MC termasuk yang mengabaikan masalah penghuni melalui mesyuarat PRIHATIN (Pemudahcara Isu-isu Perumahan Bertingkat). Melalui medium ini, LPHS akan mengadakan perbincangan dan mengkoordinasi tindakan penyelesaian bagi isu dan permasalahan yang dihadapi bersama wakil rakyat, pemilik petak dan agensi yang terlibat terutama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan.

    Selain itu, berdasarkan Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), sekiranya Pesuruhjaya Bangunan berpuas hati pengurusan pangsapuri tidak dilaksanakan dengan memuaskan, maka Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan untuk mengambil alih pengurusan tersebut daripada JMB yang bermasalah.

Lampiran

Tiada Lampiran.