Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

129) PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh memastikan JMB mempunyai peruntukan yang cukup bagi kerja-kerja penyelenggaraan?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi memastikan JMB mempunyai peruntukan yang cukup bagi kerja-kerja penyelenggaraan seperti berikut:

    Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni.

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan program ini kepada 30 kawasan pangsapuri semenjak dari tahun 2008.   Hasil analisa ke atas 4 pangsapuri yang telah dilaksanakan program tersebut pada tahun 2014, adalah didapati peratus kutipan caj penyenggaraan adalah meningkat antara 10% sehingga 20% bagi 4 kawasan tersebut setelah 6 bulan program berkenaan diadakan.

    Ops Bayar

    (Tindakan Pendakwaan Ke Mahkamah Bagi Pemilik Tidak Membayar Caj).

    Kerajaan Negeri telah membawa 750 kes pendakwaan ke mahkamah bagi pemilik tidak membayar caj.  Hasil analisa ke atas 4 pangsapuri (sampel kes), perbandingan hasil kutipan caj bagi tahun 2013 dan 2014, adalah didapati peratus kutipan caj meningkat antara 4 % sehingga 58% seperti berikut:

    BIL PANGSAPURI JUMLAH KES KE MAHKAMAH JUMLAH PENINGKATAN
    NILAIAN

    (RM)

    %
    1 Mentari Court 19 1,588,029.74 56
    2 Meranti 2 185,305.00 4
    3 Orkid 4 12,156.16 2
    4 Rimba Jaya 1 120 121,403.70 58

     

Lampiran

Tiada Lampiran.