Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

23) PENGURUSAN PANGSAPURI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan pangsapuri di Selangor yang terletak di bawah seliaan Kerajaan Negeri mengikut PBT?

    Tidak terdapat pangsapuri yang terletak di bawah seliaan Kerajaan Negeri kecuali PPR yang diamanahkan untuk  pengurusan kepada Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) adalah seperti berikut:

    • PPR Kota Damansara(Sekyen 8, Petaling Jaya),
    • PPR Kg. Baru Hicom (Seksyen 26, Shah Alam),
    • PPR Seri Kiambang (Serendah),
    • Pangsapuri Seri Cempaka Council Homes (Seksyen 16, Bandar Baru Bangi).

Lampiran

Tiada Lampiran.