Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

266) PENGURUSAN PASAR MALAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan keberkesanan PBT untuk menguruskan pasar malam dengan jumlah kakitangan yang terhad.

    Walaupun PBT mempunyai kakitangan yang terhad, PBT setakat ini dilihat berupaya dan dapat menguruskan pasar malam dengan lebih berkesan. Antara langkah yang diambil oleh PBT dalam pengurusan pasar malam adalah seperti berikut:-

    BIL PBT LANGKAH PENGURUSAN PASAR MALAM
    1. Majlis

    Bandaraya

    Shah Alam

    (MBSA)

    Lima (5) orang kakitangan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan sebanyak 30 lokasi pasar malam yang mana 16 lokasi antaranya adalah pasar malam yang diambil alih seperti yang diarahkan oleh kerajaan negeri.

    Lima (5) orang anggota penguatkuasa yang akan mengawal dan menjaga pasar malam dari aspek kawalan trafik, tindakan penjaja tanpa lesen, kebersihan dan lain-lain lagi.

    Kakitangan daripada Jabatan Pelesenan dan Jabatan Kewangan telah ditugaskan untuk membuat kutipan bayaran sewa tapak secara mingguan/bulanan di setiap pasar malam.

    2. Majlis

    Bandaraya

    Petaling Jaya

    (MBPJ)

    Bagi MBPJ mempunyai terdapat 29 lokasi yang melibatkan 6085   peniaga.        Kesukaran    juga    adalah             disebabkan kakitangan      yang   sama akan             membuat       kerja-kerja pentadbiran bagi proses kerja-kerja  berjumlah 3410 gerai dan permit sementara. Antara kerja-kerja pemantauan adalah:-

    –       Proses Temuduga

    –       Memproses Permohonan

    –       Undi

     

                –    Sewaan
    3. Majlis

    Perbandaran

    Klang (MPK)

    a)      Di MPK pengurusan pasar malam dan pasar pagi melibatkan tiga jabatan utama iaitu Jabatan Pelesenan dan Penjaja, Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran.

    b)      Tindakan pemantauan dan kawalan penguatkuasaan di seluruh pasar malam dilakukan secara bersepadu melibatkan tiga jabatan di atas mulai 01/01/2014.

    c)      Sehingga bulan April 2014 sebanyak 593 operasi telah dijalankan di seluruh kawasan pasar malam.

    d)      Sebanyak 234 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan berniaga tanpa permit.

    e)      Manakala 47 sitaan dilakukan iaitu 21 sitaan melibatkan warga asing dan 26 sitaan warga tempatan yang menjual cakera padat(cd) dan aksesori.

    4. Majlis

    Perbandaran

    Ampang Jaya

    (MPAJ)

    Bagi pengambilalihan ini pihak MPAJ telah melantik pengurus pasar malam bagi setiap lokasi dengan bantuan 3 orang kakitangan sokongan untuk memastikan pengurusan dan penyelengaraan berjalan lancar. Selain daripada itu anggota penguatkuasa MPAJ juga membantu dari segi tindakan penguatkuasaan dan kelancaran lalulintas di setiap lokasi.

    Perbincangan bersama pihak RELA telah dibuat bagi mendapatkan kerjasama dan bantuan dalam melancarkan operasi pengurusan pasar malam.

    Bagi pengurusan pembersihan, pihak Majlis telah melantik kontraktor pembersihan awam kawasan bagi menjalankan kerja-kerja penyapuan dan pelupusan sampah sebaik sahaja tamat aktiviti perniagaan oleh para peniaga.

     

    5. Majlis

    Perbandaran

    Subang Jaya

    (MPSJ)

    Pengurusan pasar malam diuruskan oleh Majlis secara berjadual oleh pegawai yang bertanggungjawab menguruskannya. Unit Penjaja, Jabatan Pelesenan mempunyai pegawai dan kakitangan seramai 5 orang bagi memastikan pengurusan pasar malam dijaga dan dikawalselia dengan baik. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan di tapak pasar malam dijalankan oleh Majlis melibatkan Jabatan Pelesenan dan juga Unit

    Penguatkuasaan Jabatan Pelesenan. Tindakan yang dibuat adalah berkesan kerana dapat memantau aktiviti yang tidak dibenarkan seperti warga asing, melanggar syarat lesen, memastikan peniaga menjalankan sendiri perniagaan dan mengawal keadaan di pasar malam.

    6. Majlis

    Perbandaran

    Selayang

    (MPS)

    a) Pengurusan Pasar Malam diuruskan dengan koordinasi beberapa Jabatan di dalam PBT iaitu:-

    1.    Jabatan Pelesenan : Menyelaras kutipan bayaran semua petak dan hal pelesenan.

    2.    Jabatan Kesihatan: Menyelaras pemeriksaan dan pemantauan kebersihan dan  keselamatan makanan.

    3.    Jabatan Perkhidmatan Bandar : Menyelaras pembersihan sampah dan kebersihan

    Jabatan Penguatkuasa: Memantau dan mengambil tindakan

    Penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga

      Majlis

    Perbandaran

    Kajang (MPKj)

    Jumlah keseluruhan pasar malam di kawasan pentadbiran MPKj adalah sebanyak 59. Ia melibatkan sejumlah 43 kawasan. Manakala terdapat 16 lokasi pasar pagi yang beroperasi setiap hari.

    Pihak Majlis telah mengambil alih pengurusan pasar malam dan pagi secara berperingkat. Pada masa ini, 12 pasar malam dan 4 pasar pagi telah diambil alih sepenuhnya. Manakala selebihnya dikendalikan oleh penyelaras.

    Walau bagaimanapun, segala urusan permohonan perniagaan dan kemasukan peniaga perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan pihak Majlis. Pada masa yang sama, urusan kebersihan dan pelupusan sampah dikendalikan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik dan dibayar oleh

     

        pihak Majlis.

    Bahagian ini dianggotai seramai 9 orang sahaja yang terdiri daripada Penolong Pegawai Tadbir – 1, Pembantu Tadbir – 4, dan Pengawas Pasar – 4 orang.

      MPSP Pada masa ini, pengurusan operasi pasar sari/malam berjalan dengan  baik dan lancar. Bilangan pasar sari/malam di seluruh daerah Sepang adalah sebanyak 15 buah pasar dan pemantauan secara berterusan mengikut hari operasi pasar.
      MDKL •      MDKL menguruskan 17 pasar malam iaitu 14 pasar malam dan 3 pasar pagi.

    •      MDKL mengambilalih pengurusan pasar malam/pagi berkuatuasa 1 Mac 2014.

    •      Setiap Bahagian dan Jabatan dalam MDKL yang terlibat dengan pengurusan pasar malam/pagi memberikan kerjasama yang baik.

    •      Jabatan / Bahagian yang terlibat adalah seperti berikut

    :

    o   Bahagian Pelesenan : Pengurusan Lesen & Nombor Petak o Bahagian Kawalselia : Pengurusan Sampah o Bahagian Penguatkuasa : Mengawal Lalulintas dan Keselamatan

    o   Bahagian Pengurusan Hasil : Membuat kutipan hasil sewa petak

    o   Jab. Penyelenggaraan & Pembangunan Infrastruktur : Membuat petak dan nombor petak di setiap pasar malam serta menyelenggara kemudahan awam di pasarpasar.

    •      Susunatur penjaja di setiap pasar malam/pagi turut menjadi lebih teratur kerana pengurusan yang baik yang dibuat di Bahagian Pelesenan yang menguruskan dan memantau pelesenan penjajapenjaja pasar tersebut.

     

      MDKS Berikut adalah keberkesanan PBT untuk mengurus pasar malam dengan jumlah kakitangan terhad.

    i)     Pasar malam di bahagi mengikut kawasan dan waktu.

    ii)    Di Bahagian Penguatkuasaan, tugas syif yang telah dimulakan membantu bagi pemantauan di sebelah petang/malam. Manakala bagi waktu siang pemantauan dilakukan mengikut zon kawasan.

    iii)   Pihak Majlis akan turun sebulan sekali untuk melaksanakan kutipan.

    iv)   Semua permohonan dan syarat kelulusan adalah berdasarkan kekosongan tapak dan perlu dilakukan di Pejabat Majlis

    v)    Notis atau pemantauan laporan di lakukan di peringkat Jabatan supaya tindakan yang dilakukan berkesan.

      MDSB MDSB masih berkeupayaan untuk mengurus tadbir pasarpasar malam dan pasar pagi dengan jumlah kakitangan yang sediada.

Lampiran

Tiada Lampiran.