Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

193) PENGURUSAN PERHENTIAN BAS KLANG SENTRAL DAN SEKITARNYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarat dan terma perjanjian Pemaju dan MPK

    Syarat dan terma perjanjian Pemaju dan MPK seperti berikut:

    i) Pihak Dan Tempoh Masa Perjanjian

    Perjanjian bertarikh 24.4.2007 untuk tempoh konsesi selama dua puluh satu (21) tahun dengan perlanjutan secara automatik selama sembilan (9) tahun yang bermula daripada tarikh pengeluaran CF (“Commencement Date”) telah ditandatangani di antara Majlis Perbandaran Klang dan NPO Development Sdn Bhd (9434271-A) iaitu pada 14 November 2008.

    ii)Hak Syarikat Di Bawah Perjanjian

    Pihak Syarikat diberikan hak eksklusif di bawah Perjanjian untuk membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara Terminal Bas Klang Sentral untuk tempoh selama 21+ 9 tahun atas kos, risiko dan perbelanjaan sendiri dengan tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian.

    iii)Anggaran Kos Projek

    Anggaran Kos Projek adalah sebanyak RM12,000,000.00 (tidak termasuk kos operasi dan penyelenggaraan) dan kos sebenar hendaklah disahkan secara bersama oleh Juruaudit Syarikat dan Akauntan MPK.

    iv)Perkongsian Keuntungan Projek

    Perkongsian Keuntungan Projek akan dibayar oleh Syarikat kepada MPK selepas lima belas (15) tahun daripada tarikh permulaan konsesi. Pada akhir lima belas (15) tahun yang pertama Majlis akan dibayar sebanyak 15% daripada untung bersih sebelum cukai manakala dalam tempoh lima belas (15) tahun kedua sebanyak 20% daripada untung bersih sebelum cukai atau RM60,000.00 setahun mana yang lebih tinggi.

    v)Tanggungjawab Syarikat Sepanjang Tempoh Operasi

    Pemberian konsesi kepada Syarikat adalah termasuk tanggungjawab untuk membina terminal serta mengurus, mengoperasi serta menyelenggara Terminal Bas semasa Tempoh Perjanjian di mana antara tanggungjawab Syarikat adalah seperti yang tersenarai di bawah:-

    • Mempunyai kuasa untuk mendapatkan Penyewa dan memasuki Perjanjian-Perjanjian Pajakan Penyewaan, JV atau lain-lain perjanjian yang berkaitan Terminal dan berhak untuk menerima hasil di bawah Perjanjian-Perjanjian
    • Syarikat berhak untuk memberikan kadar sewa promosi dalam tempoh 3 tahun daripada tarikh permulaan konsesi (bawah daripada harga pasaran).
    • Syarikat berhak untuk mengkaji kadar sewa setiap tiga (3) tahun dengan kelulusan
    • Syarikat hendaklah memastikan penyewa terminal sekurang- kurangnya 50% terdiri daripada penyewa
    • Syarikat hendaklah menyediakan ruang kedai seluas 15’ x 10’ kepada MPK tanpa
    • Syarikat hendaklah tidak membuat atau membina sebarang pembinaan menara telekomunikasi di dalam kawasan konsesi tanpa kebenaran
    • Syarikat boleh mendirikan ruang pengiklanan di dalam kawasan konsesi tertakluk kepada peruntukan perundangan yang
    • Sewa pendapatan daripada ruang pengiklanan hendaklah dibahagikan secara 70:30 antara Syarikat dan MPK (bayaran secara tahunan & 1 ruang iklan diperuntukkan untuk MPK).
    • Sepanjang tempoh konsesi pihak syarikat adalah bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kawasan konsesi dan hendaklah mengemukakan laporan kepada MPK setiap 4 bulan berkenaan penyelenggaraan, sewa yang diperolehi, jumlah bas dan teksi yang menggunakan
    • Syarikat hendaklah bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan teknikal dan pembaikan struktur di
    • Syarikat hendaklah mengemukakan Bon Penyelenggaraan yang tidak kurang daripada 5% daripada nilai kontrak bagi kerja pembinaan.
    • Setiap perkara yang berkaitan operasi di Terminal adalah tanggungjawab
    • Menyediakan dan mengemukakan kepada MPK Laporan Pergerakan Trafik di Terminal dan semua jalan utama yang berhubung dengan Terminal dan Laporan hendaklah dikemukakan 4 bulan
    • Syarikat hendaklah mengemukakan laporan audit kewangan tahunan kepada
    • Syarikat hendaklah melantik syarikat subsidiari untuk membantu operasi dan pengurusan
    • Syarikat hendaklah memaklumkan kepada MPK keperluan untuk tambahan lorong bas dan teksi akibat daripada pertambahan pergerakan trafik di Terminal dan hendaklah mengemukakan plan kelulusan kepada Pihak Berkuasa berkaitan untuk pembinaan lorong tambahan dengan kos
    • Syarikat hendaklah memastikan semua papan tanda arah di Terminal mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh
    • Syarikat hendaklah memastikan semua langkah keselamatan di Terminal adalah berdasarkan Peruntukan Undang-Undang dan hendaklah termasuk pemasangan
    • Syarikat hendaklah mengecat semula Terminal dari semasa ke semasa dalam tempoh Perjanjian
    • Syarikat hendaklah memastikan hanya bas-bas yang diluluskan oleh LPKP sahaja dibenarkan memasuki
    • Syarikat hendaklah mengenakan caj levi ke atas semua bas dan teksi yang memasuki Terminal berdasarkan kadar pasaran Kadar tersebut hendaklah dinilai dan ditambah oleh Syarikat setiap 3 tahun seperti yang telah diluluskan oleh MPK.

    vi)TANGGUNGJAWAB SYARIKAT SELEPAS BERAKHIR TEMPOH KONSESI

    • Syarikat hendaklah berhenti beroperasi di Terminal dan menyerahkan terminal kepada MPK dalam keadaan baik dan membaiki segala kerosakan dengan kos
    • Tidak lewat daripada tiga (3) bulan daripada tarikh tamat menyerahkan inventori peralatan dan barangan di Terminal kepada MPK.
    • Tidak mengalihkan peralatan dan barangan di Terminal tanpa kelulusan

Lampiran

Tiada Lampiran.