Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

85) PENGURUSAN PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah berusaha untuk membangunkan balik projek-projek terbengkalai di Negeri Selangor. Walaupun projek tersebut dapat dibangunkan semula tetapi kebanyakan pembeli rumah terutamanya rumah kos rendah mengalami masalah mendapatkan atau meneruskan pinjaman dibank, kerana telah berumur. Oleh kerana suatu tempoh masa yang panjang telah berlalu sehingga rumah terbengkalai dapat dinaikkan semula, maka umur pembeli rumah telah meningkat. Apakah bantuan penyelesaian Kerajaan Negeri kepada mereka yang sukar mendapat pinjaman bank kerana telah lanjut umur atau berpendapatan rendah?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti  beberapa  bank terlibat yang bersedia memberi komitmen dalam memberi bantuan pinjaman perumahan kepada mereka yang telah lanjut umur atau berpendapatan rendah. Satu  skim khas yang dikenali sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan telah diperkenalkan di mana pinjaman perumahan diberikan kepada golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan. Menerusi skim ini,  tempoh pembayaran  dilanjutkan sehingga peminjam berusia 65 tahun. Di bawah skim  ini, pinjaman 2 generasi boleh dilakukan untuk memanjangkan tempoh pembayaran dan tempoh pembayaran akan dikira berdasarkan usia anak/pewaris sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas dan tiada caj/yuran yang dikenakan kepada peminjam. Secara langsung, ianya akan membantu pembeli memperolehi peluang yang lebih besar untuk memiliki rumah tersebut di samping mengurangkan bebanan dalam membayar semula pinjaman perumahan yang dibuat.

Lampiran

Tiada Lampiran.