Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

174) PENGURUSAN RIZAB WANG DISATUKAN KERAJAAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan dalam pengurusan penjimatan dan penggunaan wang disatukan?

    Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan kewangan Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur serta mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Pengurusan perbelanjaan wang awam Kerajaan Negeri menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money). Perbendaharaan Negeri Selangor ke arah pengurusan perbelanjaan wang awam yang sempurna telah mengeluarkan :-

     

    Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 7 Tahun 2013 : Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 bertujuan untuk memaklumkan garis panduan perbelanjaan berhemat bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan

     

    Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2014 : Pemakaian Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 – Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam yang berkuat kuasa pada 1 April 2014 bertujuan memaklumkan berkenaan langkah penjimatan dalam perbelanjaan sektor awam;

     

    Surat Arahan Perbendaharaan – Langkah Penjimatan Dalam Perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa pada 1 April 2014 bagi memaklumkan mengenai perubahan had nilai dan syarat-syarat pembelian terus bagi bekalan / perkhidmatan dan had nilai kerja requisition selaras dengan penjimatan kerajaan ; dan

     

     

    Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangro Bil 7 Tahun 2014 – Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off yang berkuat kuasa pada 1 Januari bagi memaklumkan mengenai pinddan dasar perolehan Kerajaan Negeri Selangor daripada sistem harga tersendah setelah melapasi penilain teknikal kepada sitem cut-off iaiut satu tanda aras harga sebut harga dan tender yang diperoleh melalui formula statistik bagi mendapatkan harga yang

Lampiran

Tiada Lampiran.