Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

287) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos penyelenggaraan terkini pengurusan sisa buangan (terjadual dan tidak terjadual) di Selangor ?

    PBT tidak mempunyai rekod kos penyelenggaraan sisa buangan berjadual kerana diurus sendiri oleh pihak industri. Sisa industri yang dikategorikan sebagai sisa berjadual adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS). Walau bagaimanapun, di dalam syarat perlesenan, pihak Majlis telah menetapkan bahawa setiap premis industri berlesen perlu melantik kontraktor kutipan sampah sendiri. Kontraktor yang dilantik hendaklah berdaftar dengan pihak PBT dan membuang sampah tersebut ke pusat pelupusan sampah yang dibenarkan sahaja. Manakala kos penyelenggaraan pengurusan sisa buangan tidak berjadual adalah seperti di bawah:-

     

    BIL. PBT PERUNTUKAN BAGI TAHUN 2014 (RM)
    1. MBSA 45,160,638.56
    2. MBPJ 56,000,000.00
    3. MPS 3,637.061.42
    4. MPK 27,553,613.98
    5. MPAJ 17,654677.37
    6. MPSp 9,813,600.00
    7. MDKS 1,111,798.44
    8. MDSB 2,040,000.00
    9. MDKL 6,330,000.00
    10. MPSJ 32,000,000.00
    11. MPKj 20,820,102.37
    12. MDHS 8,212,490.04
    Jumlah Keseluruhan 226,696,920.76

    **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.