Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

142) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan bagi menangani masalah pengurusan sampah yang gagal ditangani oleh PBT?

    1. Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT sentiasa serius terhadap masalah sampah di setiap PBT seluruh Selangor. Sejak kerja-kerja perkhidmatan pembersihan awam dan kutipan sampah diambil alih sepenuhnya oleh PBT pada 1 Mac 2012 kecuali MDHS yang mengendalikan sendiri pengurusan sampah sebelum ini, setiap PBT telah banyak mempelajari selok belok pengurusan sisa pepejal melalui cabaran dan halangan yang dihadapi. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mengakui bahawa semua PBT di Negeri Selangor berjaya menangani masalah pengurusan sampah di kawasan masing- masing malah telah mendapat penjimatan yang banyak berbanding ketika kendalian pengurusan sampah oleh syarikat Alam Flora Sdn. Bhd.. Daripada pengalaman tersebut, semua PBT telah melaksanakan pendekatan proaktif untuk menangani permasalahan sampah seperti melaksanakan kempen kebersihan dan kempen kitar semula bagi memupuk kesedaran masyarakat supaya sentiasa memelihara dan memulihara alam

     

    Selain daripada itu, pendekatan proaktif yang telah dilakukan oleh semua PBT dalam menangani masalah pengurusan sampah adalah antaranya seperti  berikut :-

     

    1. Penubuhan Skuad Rayau dan On Call

     

    1. Menyediakan Pelan Tindakan Segera

     

    • Mewujudkan Talian Aduan

     

    1. Menamatkan kontraktor dengan segera dan ditenderkan
    2. Pengeluaran ‘Notice To Correct’ (NTC) dan ‘backup’ kawasan yang bermasalah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.