Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

14) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan penjelasan berhubung perancangan Kerajaan Negeri mengambil alih semula pengurusan sampah / pembersihan sisa pepejal dan bilakah tarikhnya

    Untuk makluman semua Ahli Dewan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri masih belum
    membuat sebarang keputusan untuk mengambil alih pengurusan sampah dan
    pembersihan awam dari Alam Flora Sdn Bhd. Namun begitu Kerajaan Negeri telah
    mengkaji peruntukan Akta 672 dan telah mengambil langkah proaktif dengan
    mengemukakan senarai permintaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
    Tempatan jika sekiranya Akta 672 ini akan dikuatkuasakan kelak. Senarai permintaan ini
    merangkumi segala aspek pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
    Namun kita masih lagi menantikan maklum balas terhadap senarai permintaan yang
    telah dikemukakan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.